Unknown
Resepi ni untuk semangkuk je .. sesuai sangat lah dengan aku yang bujang nih

1/4 mangkuk Daging~ siap hiris
15 bj Ketumbar~ basuh dan digoreng tanpa minyak~ tumbuk
1/2 sk lada hitam ~ tumbuk/grind
4 ulas bawang putih~mayang
4 ulas bawang merah~mayang
1/2 inci halia

rempah 4 sekawanan
1 x kulit kayu manis
1 x buah pelaga
1 x bunga lawang
2 x bunga cengkih



1. Rebus daging dengan 2 mangkuk air. Reneh sehingga air hilang separuh atau hinga daging lembut. reneh bersama ketumbar dan lada hitam.
2. Dalam frying pan lain, goreng rempah 4 sekawan hinggal wangi dan garig. kemudian masukkan bawang yang telah dimayang berserta halia.
3.Buang sisa bahagian atas air rebusan daging kemudian masukkan bahan bahan yang digoreng dan minyak.
4. Masukkan garam. tunggu dalam 15 minit. Siap dihidang dan dimakan bersama nasi atau mee.

Juga sesuai untuk orang berdiet. dijadikan makan malam yang enak tanpa carbo yang berat.
Tambahkan limau nipis dan cili api untuk lebih enak.




Unknown
Beberapa minggu ni, rasa nak baking je..mybe sebab tengok Masterchef All Stars Malaysia kot.. Suka tengok Su Wincci and Brian making good dessert... Walaupon i love Zamir very much, but about cooking, i do love dessert more.
Well last week i made a moist and great taste of Butter Cake. I think the recipe i got from AzieKitchen was very easy and tasty.
And today, first thing in the morning, im just thinking about apple crumble... All ingredients are ready in my kitchen. And i also have dried cranberries and dried apricot so i just feel that i want to mix them together with my Granny Smith green apples to my crumbles.
So.. Let's go for the recipe

MOIST BUTTER CAKE RECIPE/ KEK MENTEGA LEMBAP

250GM SELF RAISING FLOUR/ TEPUNG NAIK SENDIRI- SIEVE/ DIAYAK
250GM SALTED BUTER/ MENTEGA BERGARAM
180GM CASTOR SUGAR /GULA KASTOR
4 GRADE A EGGS/GRED A TELUR
1/2 CUPS UHT MILK/ SUSU UHT- FRESH OR FULL CREAM/
STEPS
1. Butter and sugar into mixer and mixed together until fluffy
-mentega dan gula di campurkan dalam mixer dan kacau hingga kembang
2. Then and 1 by 1 egg alternate with flour
- masukkan telur 1 per 1 di selang seli kan dengan tepung
3. Finally add the milk...mix well... Done.. Bake for 40 minutes at 180 degree baking mode
- akhir sekali masukkan susu. Sehingga sebati. Bakar selama 40 minit pada 180 darjah selsius..
Tips
1. Good flavour of BUTTER CAKE depends on the butter. I suggest to use pure butter like Anchor brand. If we use Buttercup,afraid that the result will come out a bit oily because Buttercup is not pure butter but it is mix of palm oil. Its consider a margerin.
- penggunaan metega yang betul memberikan rasa yang sedap pada BUTTER CAKE. Penggunan jenama Anchor adalah digalakkan kerana ia adalah mentega asli. Jika kita menggunakan Buttercup, hasil yang diperoleh adalh kek yang sedikit berminyak. Buttercup, ianya adalah campuran minyak sawit yang  dikatakan menyerupai marjerin.
2. Make sure the butter and sugar beat until fluffy. It will turn the colour to almost white when it fluffy. If the butter mix too long it going to melted. So to recover it place the mix into refragerator about 10 to 15 minutes and mix again about 10 second then continue mix with egg and flour.
- Pastikan mentega dan gula dipukul hingga kembang. Ia akan bertukar warna kepada putih bila dah kembang. Jika campuran mentega ini terlebih masa dipukul, ia akan mencair, jadi untuk mengembalikan tekstur asal, sejukkan ia di dalam peti sejuk selama 10 hingga 15 minit. Kemudian pukul dalam 10 saat dan teruskan langkah yang setrusnya.
3. Spread the butter over the baking pan.
- sapukan mentega sekata di loyang pembakar.
4. Eggs in room temperature
- telur pada suhu bilik
5. Making cake- it is compulsary to seive the flour
- membuat kek- perlu ayak tepung.
6. Making marble butter cake- divided the mixed butter cake into 2. Put the cocoa powder or essense into 1 side. Mix together in baking pan.
Untuk membuat kek mentega marble- bahagikan campuran kek mentega kepada 2. Campurkan serbuk koko atau esens koko pda 1 bahagian. Campurkan bersama dalam loyang pembakar.

Unknown
Masha-Allah.. Its sooooo good!!! I just use garlic sauce and hot sauce from Nandos.. 2 hours to marinate.. And another quarter i make 24 hours marinate. We'll see what is the difference...

This my diet time.. So i have check, quarter chicken takes about 100 calories? Im did not take carbo for lunch but i take the carbo for snack..its Jacobs weetameal.. Only take about 70 cal for 4 pieces..


Well.. Wish me luck for my weight loss programme.
Unknown
Today i make a plate of char kuetiaw for my dinner..
Looks delicious haa??but dont worry it is not hard at all tu make it.. Heheh becoz im using the instant Char Kuetiaw Paste actually.. Hahah

All you need is...
All the above item..but i dont have bean sprouts and daun kucai ( dont know what we call in english).. I dont like bean sprouts actually..

Normally we cook the Char kuetiaw per plate. So the recipe is per person only..

1 bitten egg
3-4 prawn
Cockles( kerang)- steam first
Bean sprouts and daun kucai ( as u like)
6 spoons char kuetiaw paste
Handful of kuetiaw

Anyway behind the Char kuetiaw already given the recipe..

1. Stir fry the prawns and cockles.
2. Add the Char kuetiaw paste and a cup of water.
3. Add kuetiaw,bean sprouts, daun kucai and a bitten egg. Dont cook too long.. 
Serve hot.

Easy right!!!! the taste not bad. By the way, i bought the OTAKU Char kuetiaw paste.

Have a try, 
LadyD




Unknown
Semalam ada beli daging salai sepinggan kat Pasar Pagi Beranang.. Tak tau nak masak apa... semalam dah masak Masak Lemak Cili Api... Instead of Keli goreng sambal hijau aku tukar sket menu tu.. guna daging salai dan sotong kering.

Saje je tambah sotong kering sebab memang dah ada yang aku dah siap kembang kan... guna air panas je...dalam 2-3 jamjugak la...

:::Masak Sambal Hijau Daging Salai dan Sotong Kering:::

4 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar
Cili Api (suka hati korang la nak pedas banyak mana)
Daging salai
Seekor sotong kering yang dah kembang
Garam 
Gula
1 sudu besar Sos tomato/ asam jawa
Sos tiram

Cara2

1. Tumbuk lumat bawang putih, bawang besar dan cili api
2. Panaskan kuali, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, kacau. masukkan air asam jawa/sos tomato, kacau.
4. Tambah sedikit garam dan gula.
5. Masukkan sotong kering tadi... goreng sekejap, kemudian masukkan daging salai.. Done!!


Senang kan!!!

Roger & Out
D
Unknown
Dah seminggu teringin sangat nak  makan ikan keli salai... so aku pon pegi la Pasar Pagi Beranang.. PAsar ni bukak setiap Ahad dan Rabu...
Murah je ikan keli salai ni kat pasar tu.. 3 ekor RM5 dan sepinggan daging salai RM6.. bagi aku dah cukup murah la...tak tau la tempat lain..

Aku tak pernah buat masak lemak cili api ni. aku guna santan kotak je... tunggu punya tunggu nak pecah minyak, tak pecah2 jugak.. ke memang santan kotak ni takkan pecah minyak? entah leeee...

aku guna resepi dari Blog KongsiResepi
Boleh tahan rasa dia... senang je main campak je... then aku masukkan belimbing buluh...
So tak pasah la letak asam keping.. Sebenarnya nak letak puk\cuk paku tapi dah habis....

ni resepinye

Masak Lemak Cili Api Keli Salai dengan Belimbing Buluh


3 ekor keli salai
2 cawan santan cair
2 ulas bawang merah
2 titik serai
cili api (suka hati~aku guna 13 tangkai)
Garam, gula
belimbing buluh
(boleh tukar kepada pucuk ubi, pucuk paku, keladi, rebung, cendawan dll tp masukkan asam keping)


Cara2

1. Cili api dan bawang merah ditumbuk halus, kemudian masukkan dalam periuk bersama2 dengan santan cair dan serai. Sedikit garam, kasi lemak sket. sentiasa kacau yeee..
2. Agak2 mendidih tu masukkan ikan keli bersama2 belimbing buluh...
3. Usha belimbing buluh tu kalau dah layu sket (agak2 kuning sket) masukkan santan pekat. cuba la adjust rasa dia, kurang garam ke manis ke...then siap..
4. kalau nak letak pucuk ubi ke pucuk paku ke, asam gelugur tu masukkan sekali pada step 1.

SELAMAT MENCUBA!!

Roger & Out
D
Unknown
Selepas attend kelas Basic Baking Class dan Tart Making Class, aku rasa berbaloi untuk attend kelas yang lain.. so aku pon sign up untuk Advance Baking Class ni. 
For student they give us flat rate for 1 class only RM 90. Tapi for Advance Baking Class ni perlu atten 2 hari kelas only RM 125 for 2 days class.

Day 1 Class

Untuk Day 1 kami belajar buat filling and prepare doh untuk digunakan esok hari. lepas siap buat filing and dough kita simpan dlam refrigerator . Chilled will use within 3 days after making and for freezer will up until 5 days. bila nak guna then keluarkan dr peti sejuk..

Kami di ajar buat 7 jenis roti. 

Types of Bun
  • Mexico Bun
  • Cheese Cranberry Filling Bun
  • Milky Bun
  • Cup Cake Bread
  • Green Tea Custard  Polo Turtle Bun
  • Tiger Bun
  • Sushi Bread
Semasa kami ambil Basic Baking Class, semua filling yang digunakan adalah yang segera. Tapi untuk kelas ni semua buat sendiri. Kami diajar untuk buat filling (inti) dan skin/kulit untuk decoration and also the new recipe for dough.
Dough

Dough yang berbeza dari Basic Baking Class.. tak banyak pon bezanya cuma tambah telur. but the taste is totally differ from 1st class. yang ada telur bagi aku lebih lembut dan ada umphhhh... 


Types of Skin
  • Polo Skin~ Green Tea Custard Polo Turtle Bun
  • Tiger Skin~Tiger Bun
  • Latte Mexico Topping~Mexico Bun
  • Puffy Topping~Milky Bun
Types of Filling
  • Coconut Filling
  • Cranberry Cheese Filling
  • Milky Filling
  • Green Tea Custard
  • Wasabi Custard
Sushi Bread
 Untuk Sushi Bread.. Suka hati nak letak apa.. macam yang dia ajar just guna Chicken Floss, Sosej, Timun Batang dan Carrot and of course the seaweed...

 one of my friend from tart class dia dah ambil kelas Advance ni before aku but she dont like the taste of the Advance Class. she just like the basic one.. it depends actually...untuk aku aku lebih suka yang ni.. tak perlu lagi tambah susu tepung...

Next entri nanti aku tulis resepi for the filings and the dough.. kena karang, senua notes dah bercelaru.. kena susun balik.

Before that .. yes the pictures!!


The Filling and Dough making

Before Bake!!

Then Wallaaa!!! after bake.. Yummy!!

Student with Chef Eric


Roger & Out!!
D
Unknown
Ingat hari ni nak update pasal tart kelas hari tu...
tapi kertas resepi yang chef bagi letak kat mana ntah .. maybe tertinggal kat classroom kot.. 
nevermind, petang ni masa kelas Advance Bread Making Day 2 nak mintak dengan Ana.
Ana ni one of the Levain De Pastry student dari Salak Tinggi...


Hope dia bawak la..

that day kita buat Blueberry, Chocolate and Strawberry Cheese Tart and Fruit Tart..
Bagi aku kalau tak masuk kelas pon tart tu jadi je sebab cara nak buat cheese filling tu senang je...
 and for fruit tart dia guna instant custard 
and fresh fruit macam kiwi strawberry and also canned fruit like peach..

 and yang me'mahal'kan lagi kelas ni adalah teknik yang digunakan semasa buat tart cookies tu the way of baking, and also when we spread the tart dough into the mould... must quick..

bila kami 1st time buat tart cookies tu. kami ambil masa yang sangat lama untuk spread kan doh ke dalam mould tu... sebab untuk dapat kan ketebalan crust  yang sama bagi tapak dan dindingnya... 
not expert yet lah kan...

the the chef teach us how...
 using two thumbs.. 
and quick ... 
so minyak dari dough takkan keluar dan
 dough kita takkan collapse and hangus masa bakar...

then ada lagi satu teknik, 
apabila kita spread up the dough so ada lebihan kat tepi2 ...
 kita kena buang guna pisau dough dengan angle 45 degree...
 ni aku pon baru untuk dapatkan tart crust yang cantik begitulah caranya...

Resepi yang dibekalkan oleh chef ni untul 1kg gandum dapat 100plus tart cookies.... 
better buat 1 kilo terus sebab untuk cookies ni kita bakar dulu then baru letak filling... 
so cookies nya boleh tahan sebulan jugak la kalau letak dalam airtight container....
bils nsk msksn je sediakan tart filling either cheese or custard. anything u like...

Insha-Allah petang ni dapat resepi tart tu then try update here in Tart Making Class Part 2 

before that ... picture for tart down here..






Roger & Out!!
D
Unknown
Semasa mambik kelas Basic Bread making tu, 
chef bagi extra free class for mufiin ... 

this muffin really easy.. orang kata "kacang je la"..
sebabnya tak perlu guna mixer cukup whisk je. 
Anak2 sekolah rendah pon boleh buat ni..

So follow all these step below ok...

Resepi Chocolate Chip Muffin

60 gm All Purpose Flour/ Tepung Serbaguna
30 gm High Protein Flour/ Tepung Berprotein Tinggi
70 gm Castor Sugar/ Gula kastor
60 gm Full Cream Milk/ Susu Penuh Krim
20 gm Corn Oil/ Minyak Jagung
20 gm Butter/ Mentega
4 gm Baking Powder/ Serbuk Penaik
8 gm Cocoa Powder/ Serbuk Koko
2 gm Choc Emulco
2 gm Choc Chip
60 gm Egg/ Telur
**1 Grade A Egg = 60 gm

1. Beat the butter and corn oil.
~ Pukul mentega dan minyak jagung.
2. Add in the castor sugar in the mixture.
~ Masukkan gula kastor ke dalam campuran.
3. Add in the egg slowly into mixture.
~ Masukkan telur perlahan2.
4. Then add the full cream milk and choc emuclco into mixture.
~ Kemudian masukkan susu penuh krim dan choc emulco ke dalam campuran
5. Combine the all purpose flour, high protein flour, cocoa powder, choc chip and baking powder and add into mixture .
~ campurkan tepung sebaguna, tepung berprotein tinggi, serbuk koko, choc chip dan serbuk penaik dan kemudian masukkan kedalam capuran tadi.
6. Use ice-cream scoop and scoop into the muffin cup.
~ Gunakan skop ais krim atau sudu kedalam cawan muffin.
7. The weight must plus minus 50 gm for small cup and 80 gm for large cup .
~ Berat nya ditimbang, 50 gm untuk cawan kecik dan 80 gm untuk cawan besar.
8. Bake at 200 degree Celsius, preheat oven about 20 - 25 minutes.
~ dibakar pada suhu 200 darjah Celsium , preheat oven dalam masa 20 - 25 minit.



Roger & Out !!!
D
Unknown
Resepi Roti / Bun yang simple, senang dan pasti jadi...
Resepi dari Chef Eric Wong ni memang gerenti jadi. 
Pertama kali buat memang tak jadi sebab aku guna hand mixer yang brand sharp.. 
power dia rendah 210 Watt jek... 

then Groupon ade jual satu stand mixer ni harga cuma RM450, dengan kuasa 800Watt ok la kan...
 kalau nak beli Kenwood pon dalam RM 1k plus untuk (900 Watt).
Kali kedua buat menjadi... 
tapi aku campur susu tepung dalam 2 sudu untuk kasi lemak sket rasa dia...

Filling pulak beli kat bakery shop je.. yang paling aku suka Chicken floss..kalau nak buat... memang tak la kan.. resepi tuk dikongsi kat bawah ni...



Tarikh: 15 Disember 2012
Tempat: Levain De Pastry Sdn.Bhd
Kelas: Kelas Roti /Bun berinti
Chef: Eric Wong

::::::::::Recipe ::::::::::::::::::: Resepi::::::::::
Filling Bun ::::::: Bun Berinti

Ingredients/ Bahan-bahan

1000gm High Protein Flour/Tepung berprotein tinggi
10gm Salt/Garam
150gm Castor Sugar/Gula Kastor
300 gm Ice/Ais
15gm Bread Improver
15 gm Instant Yeast/Yis Segera
200 gm Water/Air
150gm Butter/Mentega


Cara2
1. Mix high protein flour, salt, castor sugar, bread improver and instant yeast on 1st speed for 60 second with a hook.(dry mix well)
~ Campurkan tepung berprotein tinggi, garam , gula kastor, bread improver dan yis segera(mauripan 1 paket) ke dalam mixer dan kacau guna kelajuan 1( yang paling rendah) dengan hook.
2. Then add in water and ice on 1st speed for 1 minute.
~ Kemudian masukkan air dan ais kedalam mixer dan kacau dengan kelajuan 1 selama 1 minit.
3. Change to 2nd speed and mix for 6minutes until all mix well.
~ Tukar kepada kelajuan 2 dan kacau selama 6 minit atau semua bahan menjadi satu.
4. Add in butter and mix for futher 2 minutes. Change to 3rd speed for 6 minutes until dough smooth and elastic.
~ Masukkan mentega dan kacau selama 2 minit. Tukar speed kepada kelajuan 3 selama 6 minit sehinggan doh licin dan elastik.
5. Separate the dough into 50gm each and make a push-round shape to extract the gas bubles
~Timbang doh 50 gm dan bulatkan untuk keluarkan angin
6.make your own buns using your favourite filling. Leave the dough to proof, make it double in size(50-90 minutes)
~Isikan inti yang anda suka. Biarkan doh kembang sehingga 2 kali saiz (50-90minit) .
7. Bake in preheat oven at 180 degree Celsius within 10 - 15 minutes
~ bakar dlam preheat oven pada 180 degree Celsius dalam masa 10 -15 minit.


Info
  • Guna mixer yang berkuasa lebih 350 Watt sebab doh ni berat. Boleh cek kat label.
  • Guna hook untuk buat roti, manakala whisk untuk buat kek.
  • Bread improver untuk mengurangkan masa untuk doh kembang.
  • Guna ais untuk menghentikan pengaktifan yis. untuk resepi ini yis dan garam dicampurkan sekali. Jika ais tidak dimasukkan yis akan mati.
  • Jumlah air bergantung kepada cuaca pada hari kita buat doh. Jika hari panas, air dilebih kan. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh ok.
  • Air hanya boleh dimasukkan sebelum dimasukkan mentega.
  •  Untuk bun manis, tambahkan gula.
  • Bread Improver-tidak memberi kesan buruk kepada badan~ia terdiri daripada vitamin C, soy lecithin, enzim dan bahan2 lain yang baik.
  • Bread softener mengandungi fatty asid yang mana tidah baik untuk jantung.
  • Ovellete~ bertindak sebagai emulsifier ~ lebih kurang bread softener~ tak baik untuk jantung.
  • Mentega boleh digantikan dengan shortening, marjerin, minyak jagung atau extra virgin olive oil.
  • Yang aku perasan kalau guna marjerin or butter, kaler roti akan kekuningan sket, then kalau guna olive oil , kaler roti putih... 
  • Kalau nak buat Wholemeal bread~ masukkan air lebih.
Dari Kiri::Gambar 1: Resepi :::Gambar 2: timbang setiap doh kepada 50 gm:::Gambar 3: Bulatkan macam ni yang setiap 50 gm tu

Decoration time!!!!
Inilah hasilnya!!!!

 Roger & Out!!!
D

Unknown

15 Dec 2012
Levain De Pastry

Baking Class untuk basic roti... 
memang best kelas ni sbb aku memang tak pernah jadi buat roti... asik fail je...
rupanya senang jek.. tapi yang paling penting ialah MIXER..kalau setakat hand mixer 200Watt cam aku punya tu memang kirim salam la...


few pictures from the baking class...

cuma guna some basic items only... memang senang resepi sifu ni...



sapa2 nak cuba resepi ni... kat tengah tu ada resepi.. selamat mencuba ya!!
Neway nanti aku buat satu entry untuk resepi bun dan tart ni.. kena cari kat mana letak resepi ni...

next weeknya aku ikut kelas tart plak
kelas ni xbest sangat mybe sebab aku lebih suke baking roti kot...


tart dia not bad laa...


wahh dah settel basic... then today and tomorrow i will attending advance baking class..huhu tak sabar jam 1500 hrs nanti!!!

see u there for those whom taking the class!!!

ok.. Roge & Out!!
D